Monday, June 30, 2008

Friday, June 20, 2008

Pandangan dunia dewasa terhadap kanak-kanak.

Orang dewasa seharusnya lebih bersikap terbuka terhadap kanak-kanak. Mereka adalah pewaris bagi kita, agama dan negara. Ada ramai kanak-kanak yang kehidupan mereka terlalu daif. mereka daif bukan saja dari segi kehidupan tetapi juga pemikiran. Jangan lupa bahawa kanak-kanak juga boleh berfikir seperti kita (dewasa) malahan fikiran mereka lebih terbuka dan berguna kerana tiadanya unsur-unsur 'terkesembunyian'.

Friday, June 13, 2008

MINYAK OH! MINYAK

Sebagai orang seni pun kena la juga fikirkan tentang harga minyak semasa. la ni kalo baca berita2 luar harga minyak setong cecah sampai 133usd, pastu harga gas keta pun turut naik sama. nasib baik la kawan ni, usahkan keta, moto pun takde. jalan kaki atau naik pengangkutan awam lagi bagus,cuma berhimpit2 la. macam comuter dgn lrt la ni,penuhhhhhh.

Friday, June 6, 2008

APA YANG DIKATAKAN SENI ?

Seni itu ialah sesuatu yang sangat halus. sukar di mengerti. hanya wujud dalam diri, diamnya disuatu tempat yang tidak diketahui. telah ada pada diri sejak dari azali. PELIK BUKAN ?

Sunday, June 1, 2008

APA ITU KREATIVITI ?

Menurut kamus Webster's (1976) pemikiran kreatif ialah, " the ability to bring something new existence ". Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali.Tetapi definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia dalam berkreativiti. Menurut John (2002), " Only God could create, and whatever He created was original. man could only rearrange what God had created ".
" Kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari manusia itu sendiri ", pandangan ini telah diberikan oleh de Bono ( 1970) dalam salah satu tulisan beliau. Sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis,1994) : " terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ' creare' yang bermaksud ' membuat '( to make ). Manakala dalam bahasa Greek pula, ' krainein ' yang membawa makna ' memenuhi '. dalam bahasa Inggeris ' create ' atau ' cipta ' didalam bahasa Melayu ".